We all kalo bila berbuat kuih ni harusla buat beradun-adunan! Sebabnya nk kena eksport ke rumah2 org2 tua seperti umah nenek terchenta, umah kakak-kakak i(diaorg tua sbb tua dari i), umah mak-mak mertua kakak-kakak i, umah bakal-bakal mertuai i ...opsss! terlebey sudah... pendek cerita buat 6 aduanan tu memang standard la...jadiknya memang mampu buat kiteorg kemuakan nk menghabiskan adunan-adunan tu sampai jadik kuih!
So tahun ni buat jugak 2 jenis kuih. Biskut Buah-Buahan Kering dan Biskut Scottish Shortbread atau i telah beri nama Biskut Raya Aku Dibius Chenta! Sebabnya tahun ni buat bentuk chenta...biasanya buat bentuk bunga 4 kelopak!
Jadi puan-puan, bahan-bahannya ialah....
Bahan untuk buat doh ni di campurkan sekaligus tetapi ada cara untuk menggaulkan dia. caranya ialah dgn menggualkan guna hujung-hujung jari sahaja sehingga menjadi seperti butir-butir atau pon seperti serbuk ibu roti la kaedahnya...bila agak-agak berpuas hati dengan taraf kesebatiannya, barulah boleh dikepal-kepal dan dibentuk seperti bola.
Bahan utk hiasan ini pulak digunakan untuk ditabor atas biskut yg dah siap dibakar. Hati-hati masa campurkan pewarna tu. 2-3 titik pon dah cukup. Jangan lebih-lebih nnt macam Shrek lak!
Adunan doh tadi bole lah di uli nipis dalam 1 cm. Jangan nipis sgt sebab biskut ini rapuh. Kemudian teraplah ikot bentuk kesukaan.
Dah terap susun elok-elok atas loyang. kuih ni tak mengembang sangat jadi bole la susun rapat-rapat. Bila dah cukup korum, boleh la bakar selama 15-20 minit.
Kuih yg dah siap dibakar bolehla ditabor gula secukup rasa. Banyak pon takpe sbb kuih ni takde gula dlm adunan dia. Sila tabor gula masa kuih masih panas untuk hasil yg lebih mujarab.
Oh, i memang sempat makan masa panas-panas. Memang sangat strategi buat kuih raya time tak leh puasa ok!
Akhir kata...selamat mencuba puan-puan!
i should try this. nampak sangat sedap!!
ReplyDelete